Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan dipandu terperangkap dalam kejadian jambatan yang runtuh di Tranum, Raub, Pahang.
 
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, kejadian awal pagi tadi itu mangsa mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat jalan licin berikutan hujan lebat.

Sehubungan itu, jalan berkenaan ditutup bagi kedua-dua arah bagi semua jenis kenderaan untuk sementara waktu. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini