Seorang pemandu treler didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, atas 10 pertuduhan memandu secara berbahaya, sehingga menyebabkan kematian 10 orang, termasuk sembilan sekeluarga di Kilometer 8.3 Lebuh raya Elite, Sabtu lalu.

Tertuduh, Mohd Rafi Jaafar, 37 tahun yang tidak diwakili peguam,  mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.

Mohd Rafi didakwa melakukan kesalahan itu pada 12.02 tengah malam, 18 Disember  di Kilometer 8.3 Lebuh raya Elite dari arah KLIA menghala ke Shah Alam, di Subang Jaya, Petaling.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 10 tahun dan denda tidak lebih RM50,000.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000.

26 Januari depan, ditetapkan untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini