Pemansuhan hukuman mati mandatori memberi ruang kepada hakim membuat keputusan lebih tepat dan setimpal mengikut kesalahan dilakukan individu.

Jelas peguamcara Omar Azwan & Partners, Azwan Abdul Wahab langkah berkenaan juga mampu mengukuhkan lagi institusi perundangan negara.

Tambahnya, hukuman yang digantikan perlu setimpal dengan kesalahan yang dilakukan selain dapat memberi pengajaran kepada masyarakat.

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Keputusan  dicapai susulan pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori pada mesyuarat Jemaah Menteri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini