Langkah kerajaan memansuhkan hukuman mati mandatori tidak akan memberi kesan terhadap tugas polis dalam melaksanakan penguatkuasaan terutama melibatkan jenayah berat.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya menyokong langkah itu dan menegaskan penguatkuasaan polis dan siasatan semua jenis kes termasuk jenayah berat berjalan seperti biasa.

Beliau turut menyangkal andaian pemansuhan hukuman mati mandatori bakal meningkatkan kadar jenayah berat negara.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan berkata kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini