Keputusan untuk menghapuskan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah peluang untuk pelajar mengembangkan kemahiran diri mereka.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, PBS bukanlah sesuatu yang baharu dalam sistem pendidikan negara, malah ia telah diperkenalkan sejak 10 tahun lalu.

Jelas beliau, setiap pelajar mempunyai kelebihan kemahiran diri yang perlu dikembangkan dan kerajaan tidak mahu mereka terkongkong dengan peperiksaan semata-mata.

Tambahnya, penilaian menerusi tiga komponen iaitu Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi) mampu memberi indikasi tepat bagi pencapaian dan kelemahan pelajar.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Pusat Penyelaras Barisan Nasional (BN) Ipoh Barat di Wisma Ehsan di Ipoh. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini