Pemansuhan protokol isolasi kontak rapat yang bakal diumum KKM tidak lama lagi, akan memberi kesan besar kepada sektor sosioekonomi negara ini. Sekali gus ia menunjukkan negara menuju ke fasa endemik.

Baru-baru ini, pemansuhan prosedur pengasingan bagi kontak rapat itu sudah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

Pada sidang media Khamis lalu, Menteri Kesihatan memaklumkan, pemansuhan sama yang bakal dilaksanakan bagi orang awam adalah selari dengan protokol yang dilaksanakan terhadap petugas kesihatan KKM.

Keputusan itu mendapat reaksi baik golongan perubatan, bagaimanapun mereka akui, perkara ini memerlukan komitmen serta pemahaman yang jelas oleh semua pihak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini