Bimbang kenaikan paras air sungai luar jangka di kawasan luar bandar di Sarawak, agensi penyelamat  aktif memulakan  operasi pemantauan udara.

Pemantauan dari ketinggian 1,000 kaki dari aras laut itu tertumpu di  lokasi-lokasi rendah di barat Sarawak berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas.

Pemantauan bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Datu Khiruddin Drahman menggunakan helikopter jenis Mi 171 itu meliputi kawasan Samarahan, Serian, Sadong Jaya sehingga ke Muara Tebas.

Datu Khirudin bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan akan berlakunya banjir kilat berikutan  hujan lebat luar jangka sejak beberapa hari lepas.

Lebih 1,300 anggota JPBM Sarawak diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi operasi pemindahan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini