Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) akan menyediakan penyelesaian interim kepada penduduk yang berdepan dengan masalah capaian internet terutama di luar bandar.
Pengurus Besar SMA, Dr. Zaidi Razak dalam kenyataannya berkata , usaha tersebut dilaksanakan melalui pemasangan VSAT.

Kemudahan telekomunikasi berkenaan akan memberikan akses internet percuma satu gigabyte. Menurut beliau, pemasangan VSAT telahpun dimulakan di beberapa kawasan pedalaman negeri ini seperti yang telah dirancang dan juga dalam proses pemasangan.

Ini termasuk untuk penduduk di Kampung Sungai Ladong, Simunjan. Beliau memberi maklum balas kepada isu permasalahan capaian internet kurang memuaskan yang dihadapi penduduk di Kampung Sungai Ladong, Simunjan yang diterbitkan oleh sebuah akhbar.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini