Aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard, SOP akan diperketat pada penganjuran program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan bermula Khamis ini, selaras SOP Fasa Empat, Pelan Pemulihan Negara. 

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad menegaskan tindakan itu bertujuan memastikan keselamatan dan kesihatan pengunjung sepanjang empat hari penganjuran.

Kehadiran pengunjung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur juga dihadkan kepada separuh daripada kapasiti penuh, iaitu sekitar 10 ribu pada satu-satu masa. Beliau bercakap pada sidang media di Putrajaya. Tambahnya, tindakan pencegahan akan dilaksana serta merta sekiranya kes positif Covid 19 dikesan semasa penganjuran.

Program 100 hari Aspirasi Keluarga Malaysia mencerminkan keupayaan negara untuk bangkit mendepani cabaran Covid-19 dalam fasa pemulihan sosioekonomi.                               

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini