Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) berpuas hati dengan kadar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang tempoh fasa tiga negeri itu.

Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata, memasuki fasa keempat hari ini, pihaknya akan meneruskan operasi pemantauan bagi memastikan masyarakat terus patuh SOP. Jelasnya, setakat ini, tiada kompaun dikeluarkan sepanjang operasi kerana pihaknya masih memberikan nasihat kepada pemilik premis, pekerja dan pelanggan.

Tambahnya, terkini penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital-hospital di Johor adalah sekitar 25 peratus. Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan Operasi Penguatkuasaan SOP Covid-19 dan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di Setia Tropika, Johor Bahru. Operasi mega dijalankan di semua daerah di Johor dengan kerjasama polis diraja Malaysia. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini