Menjelang tahun 2025, penduduk Malaysia yang tinggal di bandar dijangka meningkat kepada 27.3 juta orang.

Pada masa ini, dianggar lebih 70 peratus penduduk tinggal di bandar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, ia dibuat berdasarkan Laporan Dasar Perbandaran Negara Kedua.

Sehubungan itu, kewujudan Bandar Pintar dalam negara membolehkan penggunaan teknologi yang dibangunkan bakat tempatan melalui inisiatif MOSTI seperti National Technology and Innovation Sandbox membantu pihak berkuasa menangani isu perbandaran dan meningkatkan kualiti hidup.

Di Bandar Sunway, kerjasama ini membolehkan peserta dihubungkan dengan ekosistem terdiri daripada 13 bahagian perniagaan dan menguji inovasi syarikat tersebut.

Selain itu, turut bermatlamat mencapai sasaran menjadi negara neutral karbon dan menghala ke arah sifar emisi karbon pada tahun 2050.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini