Jawatankuasa Tertinggi Majlis Pembangunan Ekonomi dan Sosial yang diterajui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan akan dilaksanakan dengan kadar segera. Ia bertujuan untuk memantau segala aspek pembangunan di pulau itu dapat dilakukan sebaik mungkin.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, jawatankuasa itu juga akan membincangkan hal berkaitan dengan industri-industri untuk penempatan dan pembaikan, aktiviti ekonomi serta aktiviti masyarakat.
 
Jelasnya, isu yang dibangkitkan akan diselesaikan oleh jawatankuasa yang telah dikenal pasti, membabitkan pengangkutan, status Pulau Bebas Cukai, pelancongan dan juga pembangunan infrastruktur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini