Pemaju projek pembangunan semula Sungai Baru; Kampung Bharu, Ritzy Gloss Sdn Bhd menawarkan pangsapuri kepada 38 pemilik Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di bawah Pakej Harmoni.

Pengarahnya Ritzy Gloss Sdn Bhd, Abdul Hadi Ahmad berkata, pakej itu menawarkan kediaman berkeluasan 900 kaki persegi bernilai RM300,000 yang boleh dimiliki dengan separuh harga daripada jumlah pampasan pengambilan tanah yang diterima pemilik.

Jelasnya, tawaran tersebut akan diberi kepada pemilik selepas urusan pengambilalihan tanah disepakati mengikut tempoh yang bakal ditetapkan kelak.

Beliau bercakap dalam sidang media Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru di Ibu negara.

Sabtu lalu, sebahagian penduduk Kampung Sungai Baru berkumpul menyuarakan bantahan dan meminta kerajaan campur tangan selepas tawaran pampasan rendah di bawah tatacara Akta Pengambilan Tanah 1960.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini