Sehingga November 2021, Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1 sudah siap 44 peratus berbanding 23 peratus mengikut jadual asal. 

Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air,Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, status pelaksanaan projek KESBAN Fasa 1 mengikut skop utama seperti pembinaan struktur pintu air Kuala Jambu yang telah siap sepenuhnya.

Pembinaan ban banjir Sungai Lanchang Lemal (bahagian hilir) pula telah siap 98 peratus dan bahagian hulu siap 95 peratus. 

Pembinaan ban banjir Sungai Golok telah siap 20 peratus, manakala pembinaan ban banjir Sungai Mentua belum bermula.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini