Kelulusan bagi cadangan pembangunan perdagangan di atas Lot 635, Seksyen 55, Jalan Scott-Brickfields, Kuala Lumpur, tidak akan ditarik balik.

Ini kerana pembangunannya telah mematuhi keperluan teknikal perancangan; antaranya anjakan bangunan, akses keluar masuk, penyediaan tempat letak kereta dan kemudahan awam lain.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata kelulusan intensiti pembangunan perdagangan di atas lot terbabit melibatkan nisbah plot 1 kepada 6.5 untuk membina sebuah blok Pejabat Kecil, Pejabat Rumah, setinggi 38 tingkat.
 
Penjelasan itu menjawab pertanyaan wakil Bukit Bintang, Fong Kui Lun, sama ada kerajaan bersedia menarik balik kelulusan cadangan pembinaan projek tersebut yang didakwa mendapat bantahan keras penduduk sekitar.
 
Ia dikhuatiri mengundang pelbagai masalah, antaranya kesesakan lalu lintas disebabkan kepadatan penduduk yang tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini