Kepentingan prasarana dan keperluan penduduk terutama nelayan di Pulau Tuba, Langkawi sentiasa menjadi fokus pihak berkuasa tempatan.

Menurut Pegawai Daerah Langkawi, Saiful Anwar Azmi, ketika ini terdapat dua projek pembangunan sedang dibangunkan menerusi peruntukan Jabatan Pengairan dan Saliran JPS. Antaranya sebuah jeti sepanjang 800 meter dengan kos pembinaan RM8.9 juta dan projek pemecah ombak di Telik Puyuh, yang menelan belanja RM8.3 juta.
 
Dalam masa sama beliau turut berharap pelancong di Pulau Langkawi tidak melepaskan peluang berkunjung ke Pulau Tuba bagi menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum tercemar. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini