Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyifatkan pembangunan rancak di Bumi Kenyalang ketika ini, benar-benar mencerminkan keakraban hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Ibarat berada di bawah satu bumbung, beliau berkata gandingan serta perpaduan erat itu membawa pembangunan yang dikehendaki rakyat selaras konsep Keluarga Malaysia.

Tan Sri Abang Johari, berkata demikian ketika berucap pada
majlis perasmian lapangan terbang Mukah yang disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pagi tadi.
 
Akuinya, pembinaan Lapangan Terbang Baharu Mukah diyakini mampu merancakkan lagi pembangunan sosioekonomi penduduk di Mukah dan kawasan sekitar yang dijangka menarik lebih ramai pelancong.
 
Kerajaan negeri juga katanya telah mempunyai pelan untuk membangunkan kawasan Mukah khususnya dalam sektor pendidikan, pelancongan dan makanan.
 
Tan Sri Abang Johari juga memaklumkan, perancangan berkenaan disokong dengan kedudukan Mukah yang amat strategik di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini