Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) merancang pelbagai inisiatif dan intervensi strategik bagi memastikan penyertaan syarikat Bumiputera dalam pembangunan rangkaian 5G sebanyak 60 peratus seperti yang diumumkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB), tercapai.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, inisiatif itu termasuk pelaksanaan dasar Carve Out & Compete kepada projek pembangunan rangkaian sistem 5G.

Jelasnya, usaha itu akan dikawal selia dan dipantau melalui Unit Pembangunan Bumiputera serta Jawatankuasa Agenda Bumiputera yang dicadang ditubuhkan di DNB. Beliau menjawab pertanyaan Wakil Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya.

Tambahnya, Program Pembangunan Vendor (PPV) melalui pelaksanaan dalam kalangan syarikat GLC juga akan turut memainkan peranan yang penting membangunkan kapasiti dan keupayaan syarikat Bumiputera.

Ini kerana terdapat skop pembangunan infrastruktur rangkaian 5G yang turut melibatkan syarikat GLC seperti Telekom Malaysia Berhad (TM) berkaitan ketersambungan gentian optik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini