Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya satu kajian pembangunan semula Kampung Baru Karak, Bentong, Pahang, dilaksanakan secara holistik dengan mengutamakan ciri keselamatan.

Baginda bertitah dengan kajian menyeluruh dapat membangunkan semula penempatan itu dengan lebih selesa kepada penduduk kampung berkenaan pada masa depan. 

Baginda bertitah demikian ketika mencemar duli menyantuni mangsa kebakaran di Dewan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemakmuran Kampung Baharu (JKKB) di Kampung Baru Karak.
 
Turut berangkat,  Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
 
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeru, Datuk Sri Dr. Sallehuddin Ishak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Abd Rahim Muda, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Semula Rumah Kampung Baru Karak, Datuk Sri Liow Tiong Lai, dan Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd Zulkifli Hashim.
 
Baginda berdua kemudiannya mencemar duli hadir ke Dewan JKKB Kampung Baru Karak dan mendengar sembah taklimat cadangan pembangunan semula Kampung Baru Karak oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai serta menyaksikan penyerahan sumbangan cek daripada Persatuan Pandu Puteri Malaysia, IINFRA Sdn. Bhd. Ikhasas Group , dan Datuk Nelson Tan bagi pembangunan Kampung Baru Karak bernilai RM 1.18 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini