Pembangunan vaksin di Malaysia tidak tertumpu kepada vaksin COVID-19 sahaja sebaliknya memfokuskan kepada vaksin lain seperti kanser dan kolera.
Usaha itu bagi memastikan, Malaysia memiliki jenama vaksin sendiri sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap vaksin import.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba
berkata, Malaysia kini berada dalam landasan tepat untuk menjadi pengeluar vaksin, kerana memiliki kepakaran, kilang dan makmal.
Keperluan yang mencukupi nanti membolehkan pemberian vaksin boleh diberikan bila-bila masa, tanpa menunggu bekalan luar.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenggara.