Seorang pembantu peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera tujuh orang anaknya berusia 5 hingga 14 tahun serta memukul isterinya pada bulan Disember lalu.

Tertuduh, Muhamad Faizal Abdul Kudus, 42 tahun, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid dan Hakim, Norsalha Datuk Hamzah dalam dua mahkamah berasingan.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam pertuduhan berasingan, tertuduh didakwa mencederakan isterinya, Ummu Nabilah Md Ehwan, seorang warga Singapura di bahagian leher dan badan.
 
Mengikut pertuduhan , tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah unit pangsapuri Mutiara Idaman, Solok Tengku Jelutong, antara Januari hingga Disember tahun lalu.
 
Mahkamah menetapkan jaminan RM3,000 dengan syarat tertuduh tidak boleh mendekati atau menganggu mangsa.
 
Kesemua lapan pertuduhan ditetapkan untuk sebutan semula 11 Februari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini