Bayaran Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai 25 November dengan peruntukkan RM300 juta.

Bantuan itu melibatkan 700,000 penerima isi rumah, individu bujang dan warga emas yang tergolong dalam kategori miskin.

Perdana Menteri, Dato Sri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu kenyataan menyatakan pembayaran seterusnya iaitu Fasa 3 BKC telah ditetapkan pada Disember tahun ini dengan peruntukkan sebanyak RM1.2 bilion.

Ia merangkumi seramai 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40.

Terdahulu, pembayaran fasa 1 BKC telah selesai pada September dengan peruntukkan sebanyak RM3.1 bilion dan telah memanfaatkan sebanyak 10 juta penerima.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini