Penjawat awam yang memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan berhasrat memohon pemberian awal ganjaran wang tunai gantian cuti rehat (GCR) perlu memenuhi beberapa syarat.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melalui kenyataan memaklumkan antara syarat yang ditetapkan adalah tempoh perkhidmatan pegawai yang boleh dimasuk kira hendaklah tidak kurang daripada 15 tahun dan pegawai telah mencapai umur 45 tahun.

Jumlah GCR yang terkumpul sebelum permohonan pemberian awal ganjaran wang tunai itu hendaklah sekurang-kurangnya 80 hari, selain bebas daripada sebarang prosiding jenayah atau tindakan tatatertib dan mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.

Kerajaan melalui pembentangan Belanjawan 2022 bersetuju menaikkan jumlah hari maksimum GCR daripada 150 hari kepada 160 hari dan membenarkan pemberian awal ganjaran wang tunai GCR sebanyak 80 hari mulai bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini