Pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 telah mula diberi kepada masyarakat khususnya petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi.

Doktor Perubatan Swasta Dr. Norafzareen Zainol berkata, sejak ia mula diberi pada 28 Oktober lalu, kira-kira 300 individu telah mendapatkan dos penggalak itu.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu khuatir untuk mendapatkan imuniti tambahan bagi vaksin Covid-19 kerana pemberian vaksin jenis itu sudah pun diperakui keselamatannya.

Dalam pada itu, golongan warga emas yang ditemui rata-rata yakin dengan pengambilan dos ketiga itu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini