Pemberian dos penggalak COVID-19 secara berulang bukanlah strategi berdaya maju dalam usaha menangani kemunculan varian baharu.

Menurut Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pemberian suntikan baharu vaksin COVID-19 sedia ada ke atas varian baharu bukanlah cara terbaik untuk melawan wabak berkenaan.

Kenyataan Kumpulan Penasihat Teknikal WHO mengenai Komposisi Vaksin COVID-19 (TAG-Co-VAC) menyebut, strategi vaksinasi dengan dos penggalak berulang bagi komposisi vaksin asal tidak mungkin sesuai atau mampan.

Jelas mereka, data awal menunjukkan vaksin sedia ada kurang berkesan untuk mencegah penyakit COVID-19 yang bergejala kepada individu yang dijangkiti varian Omicron yang kini menular dengan pantas di seluruh dunia.

Kumpulan berkenaan mencadangkan pembangunan vaksin yang bukan saja memberi perlindungan daripada mendapat sakit yang lebih teruk, pada masa sama boleh mencegah jangkitan dan penularan dengan lebih baik.

Komposisi vaksin COVID-19 sedia ada mungkin perlu dikemas kini untuk memastikan ia terus menyediakan tahap perlindungan yang disyorkan WHO terhadap jangkitan dan penyakit mengikut varian kebimbangan (VOC), termasuk Omicron dan varian masa hadapan. – AFP

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini