Pemberian subsidi haji akan diteruskan dan itu jaminan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Idris Ahmad.

Bagaimanapun, jumlah sebenar kos yang akan ditanggung kerajaan bakal diumumkan selepas pembentangan dalam mesyuarat kabinet dibuat. 

Jelas beliau kenaikan kos haji tidak akan berlaku sewenang-wenangnya.

Malah peningkatannya tidak akan membebankan bakal jemaah ekoran Kerajaan Arab Saudi menaikkan Cukai Nilai Tambah (VAT) sehingga 15 peratus. 

Terdahulu beliau menyempurnakan Program Musa’adah Asnaf @ Muallaf di Masjid Padang Mengkuang di Marang, Terengganu.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini