Pemberian vaksin dos pertama bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun kembali dibuka bermula hari ini sehingga 20 Jun, sempena Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan 2022.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman, kanak-kanak di negeri itu boleh mendapatkan suntikan di mana-mana Klinik Kesihatan, atau di Pusat Pemberian Vaksin Melaka Mall dan Kipmall.

Beliau turut menyeru mana-mana organisasi mahupun Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk bekerjasama dalam pemberian vaksin berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini