Keputusan mengenai pemberian suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar sekolah bakal dimuktamadkan pada mesyuarat penyelarasan melibatkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan, Khamis ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata sebaik keputusan mengenai perkara itu dibuat, ia akan dibawa kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan seterusnya.

Selain suntikan vaksin kepada pelajar sekolah, beliau memberitahu terdapat cadangan lain berkenaan pendidikan dan kesihatan ketika menghadapi cabaran COVID-19 yang akan dibincangkan pada mesyuarat itu.

Beliau terdahulu meninjau program outreach suntikan vaksin COVID-19 kepada penduduk di Pulau Larapan dekat Semporna, Sabah.

Khairy turut memuji kesedaran kepentingan vaksinasi COVID-19 dalam kalangan penduduk di kawasan pulau dan pedalaman di Sabah yang menurutnya berada pada tahap yang tinggi pada masa ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini