Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi kanak-kanak yang telah berusia 5 tahun hingga 11 tahun akan dibuka selama 5 hari mulai hari ini, hingga 24 Jun.

Pembukaan vaskinasi itu, bagi meraikan ibu bapa yang kini berhasrat mendapatkan vaksin COVID-19 bagi anak-anak yang terlepas peluang sebelum ini.

Keprihatinan Kementerian Kesihatan, sempena Sambutan Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 pada 16 Jun lepas, bertemakan “Perlindungan Sepanjang Hayat untuk Semua”, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak daripada penyakit cegahan vaksin.

Kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memperincikan, ibu bapa yang berhasrat mendapatkan vaksinasi bolehl berbuat demikian tanpa janji temu di klinik-klinik kesihatan di bawah KKM bagi tempoh yang dinyatakan.

Pemberian adalah berdasarkan stok vaksin di sesebuah fasiliti pada hari tersebut. Bagi kanak-kanak yang akan mencapai usia 5 tahun, ibu bapa masih boleh membuat tempahan janji temu vaksinasi mengikut tarikh dan tempat vaksinasi pilihan melalui aplikasi MySejahtera. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini