Program pemberian suntikan dos penggalak COVID-19 tidak akan ditangguhkan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan melalui Kementerian Kesihatan akan meneruskan dan mempergiatkan lagi program vaksinasi untuk menyelamatkan nyawa rakyat.

Beliau mengulas cadangan Mufti Perlis baru-baru ini, yang mana beliau sifatkan kenyataan itu adalah sesuatu yag tidak wajar. Jelasnya, pengambilan dos penggalak sangat penting untuk melindungi diri dari kesan penyakit COVID-19 terutama dengan varian Omicron yang berleluasa di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Setakat semalam sebanyak 10.4 juta atau 44 peratus rakyat Malaysia telah mengambil suntikan dos penggalak dan dijangka mencapai sehingga 60 peratus pada penghujung Januari ini.                  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini