Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang, Kelantan yang dilaksana berdasarkan beberapa kajian, akan diteruskan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menjelaskan, ia berteraskan tiga matlamat utama iaitu sebagai penjanaan elektrik, tebatan banjir serta sumber air bersih selain bagi tujuan ekopelancongan.

Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar, Penilaian Impak Warisan dan Penilaian Impak Sosial telah dijalankan.

Malah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia turut dilibatkan sebagai ‘orang tengah’ antara masyarakat Orang Asli di kawasan terlibat dengan kerajaan dan TNB.

Pembinaannya turut mendapat sokongan lebih 80 peratus responden berdasarkan kajian; dan ketika ini tiada sebab untuk kerajaan menghentikan pembinaannya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini