Pembinaan Empangan Sabo di Titi Hayun, Yan dan Tupah, Merbok, Kedah berjalan lancar. Kedua-dua empangan yang menelan belanja RM22.8 juta itu dibina menggunakan teknologi Jepun.

Ia mampu menahan atau menampan sisa-sisa kayu balak atau arus deras akibat fenomena kepala air.

Ahli Parlimen Jerai, Sabri Azit berkata empangan berkenaan dijangka siap pada penghujung tahun ini dan bakal menjadi tarikan baharu orang ramai yang berkunjung ke puasat reakreasi berkenaan.

Beliau ditemui pemberita pada Program Jaringan Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Jerai Bersama Calon Peperiksaan SPM/ STPM dan STAM di Guar Chempedak, Kedah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini