Kerja-kerja pembinaan awal ibu negara baru Indonesia yang dirancang, Nusantara, kini sedang dijalankan. Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi mengumumkan perkara itu pada lawatan lokasi projek bernilai 32 bilion dolar itu semalam.

Projek mega yang menjadi bahagian penting agenda ekonomi Jokowi itu menyaksikan Indonesia memindahkan ibu negaranya dari Jakarta ke Kalimantan.

Pada lawatan sama, Jokowi berkata pembinaan projek itu dijadualkan bermula pada bulan depan di jalan baharu yang menuju ke Nusantara. Parlimen Indonesia meluluskan satu rang undang-undang pada Januari lalu, yang menyediakan rangka kerja undang-undang bagi pembangunan ibu negara baru tersebut.

Bagaimanapun, hasil tinjauan Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa Indonesia (CSIS), mendapati, hampir 59 peratus daripada 170 pakar yang ditemu ramah tidak pasti sama ada Nusantara akan menjadi kenyataan atau sebaliknya.

19 peratus pembangunan Nusantara akan dibiayai menerusi belanjawan Indonesia manakala selebihnya menerusi baki dana perkongsian awam-swasta serta pelaburan swasta.             

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini