Projek pembinaan jambatan baharu menghubungkan Kampung Batang Benar dengan Taman Industri Nilai bernilai RM7.7 juta dapat mengatasi kesesakan lalu lintas.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, projek yang bermula 6 September lalu itu melibatkan kerja pelebaran jambatan sepanjang 60 meter serta menaik taraf persimpangan baharu.

Sebelum ini orang ramai yang melalui jalan berkenaan terpaksa melalui jambatan sempit yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa hingga menyebabkan kesesakan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini