Pembinaan pelabuhan darat, Perlis Inland Port (PIP) dijangka bermula suku pertama tahun hadapan. Menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, pembinaan itu akan bermula setelah mendapat kelulusan kerajaan persekutuan.

Pelabuhan dijangka meningkatkan jaringan logistik dari Sempadan Thailand ke Pelabuhan Pulau Pinang. Ia juga bakal memangkin pembangunan bersepadu di Kawasan Perindustrian Lembah Chuping dan Lembah Agro Chuping. Datuk Seri Azlan ditemui selepas menjadi tetamu di konti radio Nasionalfm di Angkasapuri.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini