Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kelulusan bagi pembinaaan stesen Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas perbincangan diadakan bersama Kementerian Pengangkutan dan pemilik projek berkenaan, Malaysia Rail Link (MRL).

Jelasnya, pembinaan stesen ECRL yang lain akan diumumkan pada waktu yang sesuai.

Pada masa sama, Tengku Datuk Seri Zafrul menyuarakan hasrat menjadikan Kuala Selangor sebagai Daerah Angkat Kementerian Kewangan.

Langkah itu bagi memaksimumkan kemajuan daerah berkenaan pada masa akan datang.

Bagaimanapun semua kementerian serta agensi akan meneruskan bantuan kepada semua sektor dan kawasan ekonomi di negara ini termasuk di Kuala Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini