Isu sisa radioaktif terkumpul di Kilang Lynas. Kerajaan masih berpendirian bahawa pemindahan sisa radioaktif terkumpul boleh disegerakan dengan syarat pembinaan Kemudahan Pelupusan Kekal, PDF dipercepatkan.

Jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Adham Baba, sebelum kelulusan pembinaan PDF diberi, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom, LPTA mensyaratkan supaya dua aspek penilaian utama dipatuhi.

Ini meliputi Penilaian Kesan Radiologi, RIA dan Penilaian Impak Alam Sekitar, EIA. Daripada penilaian awal itu, didapati tapak cadangan baharu pembinaan PDF diklasifikasikan sebagai kawasan berisiko rendah dilanda banjir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini