Kegiatan menenun permaidani secara tradisional di Algeria boleh didapati di pelbagai pasar di negara tersebut. Pada kebiasaanya,permaidani diperbuat daripada bulu kambing biri-biri dan campuran bulu kambing dan kuda bagi menguatkan lagi ketahanan fabrik. Antara permaidani yang terkenal ialah Bourabah. Pembuatan Bourabah dilakukan menggunakan peralatan tradisi yang diwarisi daripada generasi sebelumnya. Tenunan secara tradisi masih lagi wujud di bahagian barat Algeria. Namun, kos pembuatan yang meningkat,menjadikan proses tenunan permaidani secara tradisional semakin pupus.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini