Sidang Dewan Negeri Johor diberi maklum, sejak pembukaan sempadan hingga 14 Jun, lebih 12 juta warganegara dan pengembara, telah menggunakan laluan Kompleks Sultan Abu Bakar, KSAB dan CIQ Bangunan Sultan Iskandar, BSI.

Daripada angka itu, 6.3 juta warganegara dan 2.3 juta warga asing menggunakan laluan BSI, 2.7 juta warganegara dan 704 ribu warga asing melalui CIQKSAB.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengakui kelancaran proses pembukaan sempadan itu, hasil kerjasama serta komitmen Malaysia-Singapura.

284 kaunter keluar dan masuk beroperasi di CIQ BSI, 169 kaunter di CIQ KSAB melibatkan 1,631 anggota Jabatan imigresen malaysia, 722 kastam, 87 Jabatan Pengangkutan Jalan dan 206 PDRM.

Lorong motosikal bakal ditambah kepada 75 lorong daripada 50 lorong sekarang manakala lorong kereta dilaksana sistem Single Loading Double Capacity bagi menjimatkan masa pemandu. Selain penggabungan kemudahan touch dan go di kaunter imigresen bagi laluan kereta yang dijangka siap pada Februari tahun depan.           

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini