Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses akhir  memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan sempadan negara dengan mendapat persetujuan Jemaah Menteri.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,  pengumuman mengenainya akan dibuat dalam masa terdekat. 

Tan Seri Muhyiddin berharap ia dapat  dilaksana segera demi  pemulihan ekonomi negara dan mengelak negara menanggung kos yang lebih besar.

Beliau mempengerusikan mesyuarat MPN di Putrajaya.

Selain sektor pelancongan,  sektor lain seperti pendidikan dan pelancongan kesihatan antara yang terkesan dengan penutupan sempadan.

Malaysia antara 10 negara yang berjaya melaksanakan program vaksinasi COVID-19 dengan baik tetapi proses membuka sempadan agak lambat.

Beliau berkata negara lain seperti Australia sudah mula membuka sempadan negara mereka walaupun dari segi kadar vaksinasi masih kebelakang dari Malaysia.

Tan Seri Muhyiddin berkata walaupun ketika ini terdapat peningkatan kes positif COVID-19 serta bilangan kemasukan ke wad hospital, namun strategi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) serta pemberian dos penggalak menunjukkan keberkesanan dalam memberi perlindungan daripada jangkitan yang lebih teruk.

Pada mesyuarat hari ini, Muhyiddin berkata MPN menyokong secara prinsip cadangan penambahbaikan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi berkenaan program gelembung pelancongan yang meliputi aspek pengurangan ujian pengesanan yang disyaratkan dan pelaksanaan Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin Langkawi-Singapura.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini