Pembukaan sempadan negeri memberi petanda positif terhadap ekonomi rakyat.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, peniaga memperoleh hasil yang lebih baik berbanding ketika sempadan negeri ditutup.

Jelas beliau, aktiviti ekonomi semakin rancak, bukan sahaja dalam sektor pelancongan, malah sektor peruncitan.

Ia sekali gus menyegerakan proses pemulihan ekonomi.

Bagaimanapun jelas Datuk Seri Mohamed Azmin, peniaga perlu sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga supaya tiada kenaikan mendadak kes COVID-19, dengan mematuhi semua SOP ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau ditemui selepas melawat Pusat Jualan Kraftangan Pahlawan Walk, Melaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini