Pembukaan semula sesi persekolahan PENGGAL KETIGA 2021/2022 mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP) khas yang ditetapkan, nyata memberi kelegaan kepada ibu bapa.

Di ibu negara, Lebih 600 murid Sekolah Kebangsaan Bangsar memulakan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 hari ini. Sistem penggiliran secara mingguan, terus diamalkan sesuai dengan garis panduan Kementerian Pendidikan.

Tinjauan bermula seawal 6:30 pagi, bagi melihat sendiri kelancaran pengoperasian semula sesi persekolahan. Sesi pada pagi ini dihadiri murid-murid darjah 4 sehingga darjah 6.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini