Pelaburan ekonomi Johor dijangka meningkat kepada 10 billion ringgit tahun depan dalam tempoh enam bulan pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi Darat (VTL) Malaysia- Singapura.

Pembukaan semula sempadan menerusi VTL merancakkan kembali sekurang-kurangnya 20 peratus bagi aktiviti pelaburan negeri itu.

Exco Pelaburan, Pembangunan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Mohd Izhar Ahmad berkata, pembukaan semula sempadan menerusi VTL itu turut menjadi alternatif terbaik dalam membantu meningkatkan semula ekonomi rakyat terutama golongan usahawan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Anugerah Koperasi Terbaik Negeri Johor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini