Tiada keperluan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) memperbaharui kad mereka setiap tahun untuk mendapatkan bantuan kewangan secara bulanan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Yusoff menjelaskan, Pemegang kad yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hanya perlu melakukan pembaharuan kad sekiranya terdapat perubahan kategori atau subkategori OKU.

Tambahnya, pemegang kad juga boleh membuat penukaran kad sekiranya terdapat perubahan alamat atau gambar terkini. Sementara itu, sejak 2018 hingga pertengahan Oktober lalu, sejumlah 163,647 permohonan pendaftaran OKU diterima JKM.

Daripada jumlah itu, 153,627 permohonan telah diluluskan. Setakat 30 September lalu, sejumlah 582,944 OKU telah berdaftar dengan JKM. Datuk Siti Zailah menjawab soalan Ahli Parlimen Sekijang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini