Pemegang empat jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) diingatkan supaya memperbaharui lesen memandu sebelum tarikh akhir moratorium berakhir 30 Jun ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata, mereka yang gagal memperbaharui lesen selepas tarikh tersebut akan dikenakan tindakan undang-undang.

Sehubungan itu, pemegang empat jenis lesen LLM iaitu Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL) diminta segera memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum tarikh 30 Jun.

Pembaharuan LMM boleh dibuat menerusi kaunter JPJ, Pejabat Pos Malaysia dan MyEG.
 
Beliau berkata demikian ketika meninjau Ops Pengarah JPJ Negeri di Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh, Perak.

Sepanjang operasi tersebut, sebanyak 312 kenderaan diperiksa, dengan 205  notis saman dikeluarkan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini