Pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Malala Yousafzai yang ditembak kerana memperjuangkan hak kanak-kanak perempuan mendapatkan pendidikan, mengumumkan pernikahannya semalam.

Malala, 24, bernikah dengan Asser Malik dalam satu majlis di rumahnya di Birmingham, London. Beliau berkongsi gambar perkahwinannya itu di Twitter.

Malala pada usia 15 tahun ditemui terselamat selepas ditembak di kepala oleh Taliban ketika berada di dalam bas di tempat kelahirannya di lembah Swat, Pakistan, pada tahun 2012.

Gadis itu pulih daripada kecederaan beberapa bulan selepas serangan sebelum berhijrah dan menerbitkan buku memoir bertajuk ‘Saya Malala’. Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2017, berkongsi dengan Kailash Satyarthi, pejuang hak kanak-kanak dari India.

Malala menamatkan pengajian di Universiti Oxford tahun lalu dan memperoleh ijazah sarjana muda dalam bidang falsafah, politik dan ekonomi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini