Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan Allahyarham Tan Sri Sabbaruddin Chik adalah episod penting bagi sejarah perjuangan beliau dalam dunia politik.

Ia sebagai reaksi Perdana Menteri  ketika menerima khabar pemergian tokoh politik yang beliau anggap sebagai sifu dan mentor.

Jelas beliau, banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang diperolehi beliau berkat tunjuk ajar
Allahyarham.
 
Beliau memberitahu demikian dalam kenyatan media rasmi sebentar tadi turut menyifatkan Allahyarham seorang yang amat berdisiplin dan menepati waktu, malah sangat tekun dan berwibawa dalam melaksanakan amanah untuk rakyat dan negara.
 
Datuk Seri Ismail memberitahu kenangan bersama Allahyarham akan selamanya menjadi kenangan dan ingatan sewaktu terutama sewaktu Allahyarham menjadi Menteri Pelancongan Seni dan Budaya dari tahun 1987 sehingga 1996
 
Beliau turut mendoakan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan ketabahan menerima kehilangan besar tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini