Program ‘Mobile Fix’ oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), kini digerakkan bagi kerja-kerja pemeriksaan pendawaian elektrik secara percuma di kediaman penduduk terjejas banjir di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, program dilaksana bagi memastikan kediaman yang ditenggelami banjir adalah selamat daripada sebarang litar pintas. 

Menurut beliau, pihak YIM turut membantu membaik pulih kerosakan peralatan elektrik dan elektronik, serta memberi khidmat nasihat mengenai penggunaan barangan yang ditenggelami air banjir.

Beliau berkata demikian selepas program penyerahan bantuan banjir Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) di Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Sungai Pandan Kuantan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini