Pemerkasaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) antara penyumbang penurunan kadar pengangguran daripada 4.1 peratus pada suku akhir 2021 kepada 3.9 peratus April lepas.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim memberitahu statistik itu diperoleh daripada Jabatan Perangkaan Malaysia.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Dialog Berstruktur Tripartite 2022 Wilayah Utara: Meningkatkan Kebolehkerjaan Graduan Tvet di Alor Setar, Kedah.

Program merupakan platform perbincangan tiga penjuru antara pemain industri, pusat latihan serta agensi pusat berkaitan di wilayah Utara sebagai inisiatif berkongsi idea dan pandangan dalam memperkukuhkan pembangunan modal insan mahir serta meningkatkan kebolehkerjaan graduan TVET.