Pemilih berdaftar yang positif COVID-19 dan sedang menjalani kuarantin di rumah atau hospital, tidak dibenarkan mengundi pada 20 November ini.

Serentak dengan arahan itu, SPR akan mengetatkan kawalan pada hari pengundian.

Semua pengundi perlu mematuhi SOP yang ditetapkan dengan mengimbas suhu badan di pintu masuk pusat pengundian. Sekiranya bergejala atau suhu melebihi 37.5 darjah Celsius, pemilih berkenaan, akan diasingkan dalam khemah khas untuk mengundi.

Datuk Abdul Ghani turut menegaskan SOP yang dilaksanakan itu, bagi membendung penularan Covid-19, di pusat pengundian.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini